Selasa, 24 Mac 2009

Menara Kuala Lumpur (21 March 2009)










21 March 2009, hari Sabtu akhirnya hubby dapat cuti sebab seme order t-shirt dah habis setel...Tinggal customer je kena datang ambik baju diorang. Pagi Sabtu sebenarnya hubby nak gi Low Yat beli hard disk laptopku yg rosak...Dalam perjalanan tu sampai kat mana ntah aku kitorang nampakla menara KL ngan KLCC...borak2 pasal 2 bangunan ni...Tiba-tiba sampai kat gate naik ke menara KL...Sungguh daku terkejut dia akan bawak aku pi situ...Cam tak caya je...hehehe...Tapi takde apa sangat citer menarik nak share pasal ni tapi kalo nak tahu apa yang ada kat sini, leh cuci mata dengan gambar2 kat sini ye....

Jumaat, 27 Februari 2009

Genting Highland


















Daku pegi GH selepas balik dr Teluk Cempedak..Alang-alang nak lalu sana sebelum sampai KL, singgah le GH jap...enjoy dihujung minggu...Tak tido pun sana...tak kisahla sebab kalo tak silap hari tu hari Ahad...Isnin kena keje dah...So, just pegi main2 je ler...
Jom layan picsssssssss........

masa naik cable car, memang gementar gak rasanya sebab daku dah lama tak naik...masa kecik penah naik tapi lupa dah kat mana...Penang kot...ntah la...huhuhuhu....sampai je puncak dia, rasa tak puas lak naik cable car...hahahaha...sejuk betul masa gi main-main...dahla jaket tak berapa tebal...nampak je tebal dlm pic tp sebenornye tak tebal...last2 daku beli sarung tangan...baru lega sket...kalo tak asyik nak terkucal je....

Khamis, 26 Februari 2009

Pantai Teluk Cempedak - 22/2/2008






hahahaa kalo tengok pd tarikh tu dah setahun berlalu...masa tu daku ikut hubby aoutstation gi anto barang utk pilihanraya umum hak BN punya tempahan....apa benda panggil ekk..abaikan je la...lepas anto barang BN, kami gunalah peluang ni bercuti dihujung minggu...cari tempat nak berteduh semalaman.Jumpa Pantai Teluk Cempedak, nak cari la hotel berdekatan pantai kononnya...Dah jumpa cam tak berbaloi lak tido semalaman kat hotel besar...Round lagi jumpa la Hotel Seri Malaysia...Kami pun bermalam kat situ...Lepas maghrib, pegi pantai TC...wahhh berangin sejuknya...macam2 ada sepanjang laluan pejalan kaki waktu malam ekk...meriah je tengok malam-malam kat situ...Jumpa medan selera, kami gi dinner dulu lah...Hubby pun dah lapar masa tu...Nak tgk menu kami? layanzzzz.....

Masa ni pes taim dapat bercuti berdua ngan hubby...memamng suka sangat dapat privacy ngan hubby...Sebelum tu selalu bercuti ngan adik-beradik hubby...kesian daku, kan?hehehehe rasa cam lawak pun ada...wakakakakaa....

Jumaat, 9 Januari 2009

Kampung Teluk Ketapang

Latarbelakang
Kampung Teluk Ketapang ( Kampung Teluk Ketapang ) adalah terletak pada utara bandar Kuala Terengganu. Nama bagi Teluk Ketapang datang daripada sebatang pokok dipanggil Ketapang yang terletak pada sebuah teluk dan ia amat besar dan berusia. Menurut kepada cerita itu, pokok ini adalah satu pokok yang menakjubkan dikawal oleh seekor jin.


Warisan Homestay

Saya pasti ada yang tercari-cari tempat bermalam di kampung saya ni. Jangan risau...Apa kata hubungi Tn. Hj. Ismail (019-9756539) atau En. Abu Bakar (017-9073976) untuk menempah bilik penginapan? Homestay Warisan terletak di perkampungan Homestay Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Hanya 15 minit sahaja untuk sampai ke bandaraya Kuala Terengganu, 5 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud dan pantai Teluk Ketapang. Di pantai, anda berpeluang menikmati ICT atau nama panjang dia "Ikan Celup Tepung". Kalau hujung minggu (Jumaat & Sabtu) memang ramai la pengunjung nak pekena ICT dan lepak2 tepi laut. Selalunya jalan pun boleh jadi jem pada hari minggu ni...Hari-hari biasa takde la jem sangat. Oh, ya! Kompleks Sukan Sultan Mizan juga terletak teraamat la dekat dengan kampung ni...Pertama kali saya tengok kompleks tu terasa cam berada di Kompleks Sukan Bukit Jalil plak...huhuhu...