Jumaat, 9 Januari 2009

Kampung Teluk Ketapang

Latarbelakang
Kampung Teluk Ketapang ( Kampung Teluk Ketapang ) adalah terletak pada utara bandar Kuala Terengganu. Nama bagi Teluk Ketapang datang daripada sebatang pokok dipanggil Ketapang yang terletak pada sebuah teluk dan ia amat besar dan berusia. Menurut kepada cerita itu, pokok ini adalah satu pokok yang menakjubkan dikawal oleh seekor jin.


Warisan Homestay

Saya pasti ada yang tercari-cari tempat bermalam di kampung saya ni. Jangan risau...Apa kata hubungi Tn. Hj. Ismail (019-9756539) atau En. Abu Bakar (017-9073976) untuk menempah bilik penginapan? Homestay Warisan terletak di perkampungan Homestay Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Hanya 15 minit sahaja untuk sampai ke bandaraya Kuala Terengganu, 5 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud dan pantai Teluk Ketapang. Di pantai, anda berpeluang menikmati ICT atau nama panjang dia "Ikan Celup Tepung". Kalau hujung minggu (Jumaat & Sabtu) memang ramai la pengunjung nak pekena ICT dan lepak2 tepi laut. Selalunya jalan pun boleh jadi jem pada hari minggu ni...Hari-hari biasa takde la jem sangat. Oh, ya! Kompleks Sukan Sultan Mizan juga terletak teraamat la dekat dengan kampung ni...Pertama kali saya tengok kompleks tu terasa cam berada di Kompleks Sukan Bukit Jalil plak...huhuhu...